5 BISNES SIDE INCOME YANG TRENDING MASA KINI (PART TIME JOB DI MALAYSIA)

Zaman sekarang ni, sama ada kerja makan gaji atau tidak. Rata-rata masih mencari pekerjaan/ pendapatan sampingan (bisnes side income @ Part time job) untuk top-up keperluan dan komitmen perbelanjaan isi rumah. Mana taknya, OPR pinjaman bank dah naik berganda, harga barangan dapur melambung tinggi, kos pendidikan anak-anak pun semakin bertambah. Namun, gaji masih tangga seciput yang sama.

Ada banyak jenis side income yang boleh anda cuba. Hari ini saya kongsikan 5 jenis bisnes side income yang trending pada tahun 2022 ini.



#1 BISNES SIDE INCOME - BISNES ONLINE

Kemuncak bisnes secara online ni bermula pada pandemik Covid 2020. Fuh, waktu ini boleh dikatakan 90% bisnes beralih kepada atas talian. Dari penjualan barangan, servis sehinggalah kepada pendidikan anak-anak. Maklumlah, semua tak dapat keluar rumah disebabkan PKP, PKPD kan.

Guru-guru mula mengajar secara online. Para pelajar disediakan laptop, manakala ibu ayah terpaksa melabur untuk beli handphone untuk pendidikan anak-anak. Bayangkan anak ada 5 orang, berbeza-beza tahap darjah/ tingkatan dan kelas. Mana tak pening mak ayah kalau ada 1 handphone saja!

Waktu ini juga, berdasarkan pengalaman saya, jualan vitamins Shaklee yang saya jalankan secara online mencanak sehingga hampir RM20k sebulan berbanding kebiasaan RM8-10k bulanan! Sehingga kini, bisnes online saya jalan macam biasa saja dari rumah, kerana urusan penghantaran pengeposan dilakukan oleh HQ Shaklee untuk seluruh Malaysia.

Nak daftar Bisnes Shaklee secara online? DISINI 

#2 BISNES SIDE INCOME - E-HAILING

Yang ini pun best juga, e-hailing contohnya GRAB, GOJEK dan SOCAR memang menjadi pilihan kebanyakan orang lelaki. Ada kebebasan pergerakan dan masa untuk mereka.

Perniagaan Pengantaraan (e-hailing) ialah satu perkhidmatan yang disediakan untuk menempah perkhidmatan pengangkutan awam melalui aplikasi elektronik. Perkhidmatan ini adalah termasuk kenderaan e-hailing dan teksi. Saya baca-baca kan, ada pendapatan dengan perkhidmatan e-hailing ni, menceceah RM3k++ dalam masa seminggu. Fuh, lumayan kan?

#3 BISNES SIDE INCOME - DROPSHIP

Bisnes dropship ni, banyak jadi pilihan wanita-wanita. Mungkin lebih selamat sebab kebanyakannya hanya promote barang dagangan melalui facebook, instagram etc media sosial lain. Banyak sangat bisnes dropship yang orang buat sekarang.

Ada yang pilih jadi dropship dari selebriti tempatan, influencer, artis dll. Eh, tapi korang make sure tau. Pastikan modal ambil barang tu berbaloi dan ada return-of -investment (ROI) yang tinggi. Jangan labur berpuluh-puluh ribu kat satu-satu barang tu tapi lebur akhirnya sebab barang tak jalan, simpan bawah katil. haip!

Make sure juga, barang yang kita jadi dropship tu memenuhi requirement barangan yang selamat dan berkesan. Mempunyai kelulusan KKM, Halal dll. Penting sangat ni.

#4 BISNES SIDE INCOME - BUKA WARUNG / HAWKER

Ha, bisnes buka warung / payung ni pun popular dikalangan orang yang mencari side income. Contoh; warung / hawker burger, takoyaki, sarapan, kopi susu, makanan panas, steamboat, yong taufu dan macam-macam lagi jenis bisnes makanan.

Ada juga buka payung jual barangan bundle. Bisnes buka payung ni, ada kepuasan tersendiri bila dapat khidmat memasak, bisnes untuk orang lain. Berjumpa & bina networking dengan orang lain. Seronok tuu...Kalau masakan kita sedap, of course jadi buah mulut orang lain dan mana tahu, rezeki tak terjangka jadi one of viral foods kan?

Banyak makanan harini yang jadi makanan viral tu, asalnya dari bisnes buka warung / payung lah. Bukan resipi dari hotel 5 bintang pun! hehe.

#5 BISNES SIDE INCOME - SKILL / SERVIS

Ini bisnes model rendah tapi ROI tinggi giler gais. 

Bayangkan, dengan skill kita mengajar @ menjalankan servis, wah memang best sangat pulangannya. macam bisnes jadi trainer buat kek, kuih. Bisnes spa dan facial kecantikan.

Jika anda memilih perkhidmatan kecantikan sebagai bisnes anda, ada kursus kecantikan yang memakan sehingga RM5999 tau, tapi dengan Mobile Spa BOTG hanya RM1999 tapi anda dah dapat pakej lengkap untuk memulakan spa bergerak wanita anda sendiri. Skill yang sangat berguna untuk apply dalam bisnes facial ini, memang high demand! Apalagi, jika pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan anda, anda pasti akan dapat jumlah keuntungan berlipat kali ganda.

Jika anda sudah dikenali ramai melalui personaliti anda, mudah untuk anda mendapatkan pelanggan. Anda juga boleh bekerja dengan gembira kerana anda membuat kerja yang anda minati. Bukan hanya sekadar mahukan keuntungan, malah niat untuk mengembirakan hati pelanggan juga tertunai.

Lihatlah berapa ramai usahawanita di luar sana yang berjaya dalam perniagaan hasil daripada bimbingan dari Team Mobile Spa BOTG. Kini tiba pula giliran anda. Jom bina bisnes spa bergerak wanita anda sendiri!

Bisnes side income trending 2022


MANA SATU BISNES SIDE INCOME YANG PALING MASYUKKKK?


Dalam banyak-banyak bisnes side income yang At senaraikan dekat atas ini, yang mana rasanya boleh generate paling banyak income? Jawapannya agak subjektif. Pada saya, kene fikir apa ROI yang terbaik dan sangat berbaloi.

Bagi yang baru nak mencuba, At sarankan supaya try bisnes online atau servis/ skill. Sebab ianya agak kurang risiko dan boleh start immediately. Asalkan korang dah ada idea barang apa nak jual. Then boleh terus start on the spot. Sekarang ni dah banyak platform bisnes online yang ada. #kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline

Tapi apapun, sebelum buat mana-mana bisnes side income, korang kena clear matlamat korang nak buat semua ini. Kalau ikutkan sebenarnya semua jenis bisnes boleh buat. Tak semestinya untuk side income je.

Diharap pada para pembaca akan dapat sedikit gambaran mengenai bisnes side income dan At sentiasa mendoakan agak korang dapat buat dan berjaya dalam apa jua cabang bisnes yang dilakukan. Sekiranya terdapat sebarang komen, boleh lakukan demikian dekat bawah ini. Tapi kalau nak join bisnes Mobile Spa BOTG, mai contact At kat link bawah ni. 

banyak sebenarnya ide untuk buat kerja part time ni, cuba baca link bawah ni juga.







Dr. Nur Athirah (At)
Qualified Trainer Mobile Spa BOTG
Whatsaap Link: disini
Facebook saya: disini

Kelebihan+Skincare+YOUTH+Shaklee
Mobile+Spa+BOTG

#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline

Comments

  1. Kipas-kipas duit dgn bisnes mobile spa murah πŸ€©πŸ’ΈπŸ’Έ

    ReplyDelete
  2. Bisnes mobile spa memang awesome πŸ‘

    ReplyDelete
  3. Bisnes mobile spa memang high demand 😍

    ReplyDelete
  4. Seronoknya buat extra income dgn part time job.. Mobile spa ni sangat ok untuk kaum wanita.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts